top of page

Villasini R. Muniandy

Student ID: 0336720

          Pada 20hb Jun 2019, Tentera 13, saya dan ahli- ahli kumpulan saya telah menjalankan projek kami di SMK Subang Jaya di lokasi SS18 di bawah kursus Hubungan Etnik bertujuan untuk menerapkan nilai-nilai perpaduan melalui penekanan lima prinsip Rukun Negara dan aktiviti silang budaya. Program ini juga bertujuan memberi penekanan tentang penerapan nilai murni dan kesedaran sivik.

 

          Kami amat bersyukur dapat menjalankan projek ini pertama sekali kerana kami telah menghadapi pelbagai masalah di mana secara peribadi saya berasa bahawa kami tidak mampu mengadakan projek ini. Kami telah menghadapi beberapa tekanan dan cabaran untuk melaksanakan projek ini dengan sukses. Primernya, kami telah menghadapi masalah persetujuan daripada sekolah. Beberapa sekolah yang kami hubungi tidak setuju mahupun membalas. Oleh sebab itu, kami telah membazirkan banyak masa untuk menentukan sekolah dan bagi menerima balasan daripada pihak sekolah. Sekundernya, kami juga menghadapi masalah kekurangan masa untuk menjalankan projek ini sebab SMK Subang Jaya hanya memperuntukkan 2 jam. Tambahan pula, kami tidak dapat menghadiri kelas pada waktu petang kerana kami hendaklah menjalankan projek ini pada waktu sekolah kira-kira 2 petang. Hal ini demikian kerana, pihak sekolah tidak dapat memperuntukkan masa lain untuk kami kerana waktu persekolahan hanya sampai 4.30 petang. Namun, kami tetap bekerjasama dengan bersungguh-sungguh untuk mengatasi semua masalah dan akhirnya berjaya menyelesaikan projek kami.

 

           Saya menjalankan tugas saya sebagai ketua stesen 3 dimana para pelajar hendaklah mengisi tempat kosong lirik lagu-lagu patriotik Malaysia. Saya hanya menyediakan lagu-lagu yang popular. Namun, banyak pelajar berasa susah untuk menjawab. Saya juga mengadakan segmen yang kecil untuk melafazkan Rukun Negara sambil mengisi tempat kosong. Melalui aktiviti ini, para pelajar dapat menghafal Rukun Negara serta lagu-lagu patriotik.

       Pada hemat saya, walaupun, banyak masa telah kami luangkan dalam proses perancangan program ini, saya mempelajari banyak sifat dan nilai yang amat penting. Saya telah mempelajari kepentingan kerja berpasukan di mana setiap ahli perlulah melibatkan diri dan memberi sumbangan dalam semua aspek seperti kewangan, pendapat, idea dan lain-lain lagi. Selepas itu, saya juga mempelajari kepentingan berkomunikasi dengan efektif supaya idea dapat disampaikan dan diterima oleh ahli-ahli yang lain dengan betul. Saya telah menjalinkan hubungan yang baik dengan berinteraksi dengan para pelajar. Saya berasa gembira untuk kembali ke alam persekolahan. Semua memori yang indah telah saya dapat mengimbas kembali melalui projek ini. Saya berasa sangat beremosi apabila saya sedang mengaturkan aktiviti tentang lagu lagu patriotik untuk para pelajar.

 

          Secara tuntas, program ini bukan sahaja membawa banyak manfaat kepada kumpulan kami sahaja malah para pelajar sekolah juga. Kami telah menimba ilmu melalui projek yang sangat luar biasa ini. Akhirnya, saya juga sedar bahawa perpaduan merupakan tiang asas perpaduan dan keharmonian hubungan antara etnik di Malaysia dan menjadi elemen yang sangat penting dalam pembentukan negara bangsa.

Unknown-8.jpeg
IMG_7371.jpeg

© 2019 by tentera13

bottom of page