top of page

Dollicia Toh Ching Ying

Student ID: 0336671

        Saya berasa amat gembira and bersyukur kerana mendapat peluang untuk berinteraksi dengan pelajar-pelajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Subang Utama. Mereka merupakan ahli-ahli daripada Kelab Catur. Kami amat bersyukur kerana mendapat kerjasama daripada guru kaunseling – Cik Nur Ain. Beliau telah mengaturkan pelajar Tingkatan 1, 2 dan 3 untuk menyertai aktiviti kami.

       Sebelum tiba di Sekolah Menengah Kebangsaan Subang Utama, kami berasa gembira dan cemas. Sebagai pelajar perubatan, kami telah lama tidak menjalankan aktiviti-aktiviti sebegini. Program ini memberi impak yang besar kepada kami dan pelajar-pelajar. Kami dapat belajar untuk bekerjasama dan menghasilkan aktivti yang menarik ini. 

        Pada masa ketibaaan, kami menunggu di hadapan bilik seminar kerana masih ada seminar yang dijalankan di bilik tersebut. Guru-guru yang menemui kami telah memberi sokongan mereka semoga berjaya dengan program kami. Kami menyediakan semua barang yang diperlukan dalam masa yang tersingkat.

        Selepas beberapa minit, pelajar-pelajar turut sampai di bilik seminar. Katrina merupakan MC untuk program tersebut. Dia memang tahu cara-cara untuk berkomunikasi dengan generasi muda.

       Kami mempunyai 5 stesen, setiap stesen mewakili satu objektif projek kami. Stesen 1 mewakili perpaduan, stesen 2 mewakili budaya, stesen 3 mewakili rukun negara, stesen 4 mewakili rasa cinta akan negara dan stesen 5 adalah nilai murni dan kesedaran sivik.

       Stesen saya merupakan stesen 5. Saya dan Nazifah mengorganisasikan aktiviti di stesen ini. Aktivit kami ialah “Charades”. Permainan ini memerlukan seorang untuk berlakon tanpa suara dan ahli-ahli lain perlu teka jawapan yang betul. Tema kami berdasarkan 36 nilai murni daripada subjek pendidikan moral. Pelajar-pelajar hendaklah melakonkan aksi-aksi untuk mendapat markah.

       Saya teringat zaman sekolah menengah saya. Semua memori kembali. Saya amat terharu dan gembira kerana murid-murid ingin mengambil bahagian dalam projek kami dan bermain bersama-sama. Saya berasa projek ini amat bermakna kepada kami. Kami tidak dapat berinteraksi dengan murid sekolah menengah selepas tamat sekolah dan projek ini memberikan peluang kepada semua orang untuk melibatkan diri dalam aktiviti seperti ini.

IMG_7384.jpeg
IMG_7376.jpeg

© 2019 by tentera13

bottom of page