top of page

Student ID: 0337164

Salam sejahtera dan salam satu Malaysia.

          Nama saya ialah Batrisyia binti Mohd Noor Azhar dan saya adalah pelajar di Taylor's Universiti dan sedang belajar

kedoktoran dalam perubatan.

          Saya dan rakan-rakan saya telah melaksanakan projek Kami Anak Malaysia di Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 24 (2). Objektif projek ini ialah untuk memupuk perpaduan dalam kalangan pelajar tanpa mengira bangsa, agama dan kaum. Kami melaksanakan pelbagai aktiviti untuk murid-murid agar dapat mengukuhkan nilai perpaduan dan prinsip rukun-rukun negara dalam diri mereka. Saya juga telah mendapat banyak pengalaman melalui projek ini daripada pelaksanaan acara di luar premis universiti. Saya juga dapat mengimprovisasi kemahiran sosial saya seperti berkerjasama dalam kumpulan, berkomunikasi dan menyiapkan kerja saya dalam masa yang ditetapkan. Walaupun masa yang diberikan amat pendek, namun kami berpendapat bahawa kami telah melaksanakan kerja yang terbaik dalam masa yang dikhaskan.

          Program Kami Anak Malaysia telah memberi pelbagai pengalaman yang takkan saya lupakan. Pengalaman ke SMK Subang Utama telah memberi pelbagai faedah kepada saya. Saya gembira kerana dapat berkongsi ilmu pengetahuan saya bersama pelajar-pelajar. Di sekolah tersebut, kami telah mengadakan pelbagai akitiviti yang menarik seperti permainan gambar teka teki, puzzle game serta teka lirik lagu dan semua permainan ini berkaitan dengan rukun negara.

          Saya berpendapat bahawa dengan cara inilah cara yang lebih seronok dan bermanfaat untuk mendidik kalangan muda daripada memberi ceramah di sekolah. Saya juga gembira kerana dapat melihat kesungguhan mereka ketika acara permainan berlangsung. Kesimpulannya, projek ini dapat memupuk nilai-nilai murni dalam diri setiap individu dan saya juga telah berjaya menerapkan nilai-nilai murni dalam kalangan masyarakat. Dengan melaksanakan aktivti ini, saya mendapati bahawa rukun negara dapat melahirkan masyarakat yang harmoni dalam kalangan muda.

Batrisya bt. Mohd Noor Azhar

Unknown-11.jpeg

© 2019 by tentera13

bottom of page