top of page

Suraya bt. Mohd Akbar

Student ID: 0332217

        Pada 20 Jun 2019, saya dan ahli-ahli kumpulan saya berkunjung ke Sekolah Menengah Kebangsaan Subang Utama yang terletak di Subang Jaya, Selangor. Sebelum lawatan tersebut, kami telah mengadakan beberapa perbincangan tentang lawatan tersebut untuk menentukan objektif lawatan, agihan tugasan sesama ahli kumpulan kami, pengangkutan ke sekolah itu dan aktiviti yang akan dilaksanakan di tempat tersebut. Selepas beberapa perbincangan, kami telah bersetuju untuk membentuk tiga kumpulan kecil dan menaiki tiga buah kereta untuk menjimatkan wang dan masa. Dalam perjalanan ke sekolah tersebut, kami dapat mengeratkan hubungan dengan ahli kumpulan yang sebelumnya tidak begitu karib melalui perbualan. Kami tiba di sekolah itu pada pukul 1.50 petang. Sementara menunggu kedatangan ahli-ahli yang lain, kami menunggu di Kantin. Pada waktu itu, suasana tenang dan sunyi kerana pelajar-pelajar masih berada dalam kelas masing-masing. Setelah semua ahli tiba, kami bergerak ke bilik yang dikhaskan untuk aktiviti kami. Kami bertemu dengan guru yang telah bantu mengaturkan aktiviti ini dengan pengetua sekolah dan pelajar-pelajar iaitu Cik Nurain. Beliau membenarkan kami untuk masuk bilik tersebut dan menyusun atur meja dan kerusi untuk aktiviti kami sementara beliau mengumpulkan pelajar-pelajar yang terlibat dalam aktiviti kami.

        Di bilik tersebut, kami menyusun dan mendirikan 5 stesen menggunakan meja dan kerusi yang sedia ada berdasarkan rancangan kami. Kami turut menghiasi stesen-stesen, membalut hadiah untuk guru dan pelajar-pelajar, memasang ‘sound system’ agar kami boleh menggunakan microphone semasa aktiviti kami dan menyediakan bahan untuk aktiviti yang akan dijalankan. Pada pukul 2.50 petang, Cik Nurain bersama pelajar-pelajar yang terlibat tiba. Katrina dan Robert telah mengambil tugas untuk memberi introduksi dan keterangan tentang aktiviti yang akan dijalankan serta mengagihkan mereka dalam 5 kumpulan. Saya telah mengambil tugas sebagai jurukamera pada hari itu dan bersungguh-sungguh merakam rakan-rakan saya menggunakan kamera telefon bimbit saya.

        Pada pukul 3.15, aktiviti kami bermula. Saya menolong rakan saya Siak Ling di Stesen 1 untuk menerangkan dan memberi panduan kepada pelajar-pelajar tentang aktiviti yang akan mereka laksanakan di stesen ini. Pelajar-pelajar tersebut sangat patuh dan mendengar kata. Sepanjang aktiviti, saya berulang alik dari stesen ke stesen untuk merakam dan mengambil gambar. Saya berasa gembira melihat pelajar-pelajar seronok melakukan aktiviti yang telah kami sediakan. Aktiviti kami berakhir pada pukul 4.25 petang. Kami telah membersihkan bilik itu dengan pantas sebelum beredar. Saya telah memperoleh kemahiran untuk bekerja dalam kumpulan melalui projek ini. Di samping itu, lawatan tersebut telah memberi kesedaran kepada saya tentang kepentingan perpaduan, rukun negara, rasa cinta akan negara dan nilai murni dan kesedaran sivik dalam kalangan muda. Saya amat bertuah untuk berada dalam kumpulan yang bekerja keras serta bersatu dan saya bangga dengan usaha yang diberikan ahli-ahli kumpulan saya. Walaupun masa suntuk, kami semua bekerjasama dan berusaha untuk melaksanakan aktiviti kami dalam masa yang diperuntukkan. Walaupun terdapat beberapa cabaran yang dilalui seperti kesukaran untuk mendapatkan kebenaran dari sekolah untuk mengadakan aktiviti kami dan kesuntukan masa, kami telah mengatasi cabaran-cabaran tersebut dengan baik.

        Tuntasnya, saya telah memperoleh dan mempelajari banyak melalui projek ini. Saya lebih menghargai perpaduan yang wujud dalam masyarakat kami dan sedar akan kepentingan rukun negara, nilai murni dan kesedaran sivik serta rasa cinta akan negara dalam kalangan muda. Melalui projek ini, saya berpeluang untuk menjadi lebih rapat dengan rakan sekelas saya serta belajar bekerja dalam kumpulan dengan baik.

Unknown-10.jpeg
Unknown-8.jpeg

© 2019 by tentera13

bottom of page