top of page

Robert So Jr.

Student ID: 0336661

          Pasa asalnya, apabila pertama kali saya mendapat arahan untuk melaksanakan tugasan projek ini, saya berasa sangat berat hati untuk melancarkannya kerana jadual saya bukan sahaja amat sibuk, malah saya berasa tidak yakin akan kebolehan saya untuk mengagihkan dan mengetepikan masa yang terhad saya untuk melaksanakan tugas ini tanpa menjejaskan pembelajaran saya. Secara kolektif juga, seluruh kumpulan saya juga berkiblat ke arah yang sama. Pada mulanya juga, saya terutamanya, tidak memahami akan objektif serta faedah tugasan ini iaitu penerapan Nilai Murni and Prinsip Rukun Negara serta prinsip bersilang budaya dalam kalangan muda. 

​

          Sebelum perlaksanaan projek, semasa penyelidikan kami tentang nilai-nilai murni dan prinsip silang budaya, saya sedar bahawa walaupun kami kini berada di Menara gading, ramai antara kami yang tidak mengetahui asas kepada Prinsip Rukun Negara serta budaya-budaya yang sering bersilang antara satu sama lain. Kami berasa amat keliru dan buntu memikirkan tentang aktiviti-aktiviti yang bukan sahaja sesuai, malah menarik agar dapat memberi impak yang lebih berkesan dan bertahan lama. Setelah berbincang sebagai kumpulan, secara perlahan-lahan, saya mula sedar bahawa kelunturan nilai-nilai murni dalam sanubari para belia merupakan sebab perdana dalam kebejatan sosial malah, mereka juga kurang pendedahan terhadap tradisi-tradisi budaya mereka terutamanya dalam generasi bertabloid kini. Selari itu, saya juga mula sedar akan keistimewaan serta kepentingan tugasan serta objektif-objektif tugasan ini terhadap memupuk generasi muda yang disemai nilai-nilai murni dalam sanubari mereka malah berpegangan teguh akan akar-akar tradisi mereka. Semakin banyak lagi kami berbincang, semakin banyak pemikiran saya tidak mendung malah berasa semangat untuk melaksanakan projek ini. 

 

          Semasa hari acara pelaksaan tugasan, saya telah mengulas acara tersebut. Suasana di dewan amat ceria dan bising akibat sorakan pelajar-pelajar yang amat teruja. Secara keseluruhan, kami sekumpulan telah bekerjasama dan sedia menolong satu sama lain untuk menyelesaikan sebarang masalah. Walaupun kekurangan masa, kesemua 13 ahli kumpulan dapat menjayakan acara ini dalam masa yang telah ditetapkan oleh guru bertanggungjawab, iaitu Cikgu Ain. Sebaik sahaja kami sampai ke SMK Subang Utama, kami terus ke dewan dan mula menyediakan stesen-stesen permainan serta membungkus hadiah-hadiah pemenang serta menyusun sedia meja dan kerusi demi keselesaan murid.

​

          Pada mulanya, para pelajar amat malu dan enggan bercakap, tetapi setelah melunagkan sedikit masa dengan mereka, 

mereka mula berinteraksi malah teruja untuk memulakan aktiviti. Sebaik sahaja mereka telah diasingkan kepada lima kumpulan, mereka telah bersurai dan ke stesen masing-masing. Ketua stesen-stesen tersebut akan menerangkan arahan tentang permainan stesen mereka dan pelajar-pelajar harus melengkapkan aktiviti-aktiviti mereka dalam 10 minit di setiap stesen. Antara aktiviti yang disediakan adalah aktiviti bersilang kaum dalam anyaman, kolam serta permainan ‘chopstick’ di mana pelajar harus menganyam berasaskan sebuah corakan, mengisi corak dengan beras berwarna untuk kolam dan mengangkut bola ping-pong dari satu bekas ke bekas yang lain menggunakan chopstick. Para peserta amat gembira apabila nampak sahaja kitar anyaman serta kolam, malah, ada juga yang berani menyahut cabaran dengan memilih aktiviti yang tidak pernah dilakukan mereka sepangjang hidup mereka. 

 

          Tidak boleh dinafikan bahawa saya mempunyai ahli-ahli kumpulan yang amat penyabar, bekerjasama serta bertoleransi sepanjang tugasan ini. Saya juga berasa amat gembira serta lega kerana dapat berkongsi pengalaman istimewa ini dengan rakan-rakan saya kerana ramai pelajar-pelajar yang telah menyertai aktiviti kami amat gembira malah akhirnya, menyedari juga betapa pentingnya menerapkan nilai-nilai tersebut dalam kehidupan mereka.

Unknown-3.jpeg
Unknown-12.jpeg

© 2019 by tentera13

bottom of page