top of page

Objektif projek adalah untuk memupuk semangat perpaduan dalam kalangan generasi muda, menjalankan program yang bercorak silang budaya, mengamalkan prinsip Rukun Negara, menzahirkan rasa cinta kepada negara dan menerapkan nilai murni dan kesedaran sivik kepada para-para pelajar. Kami sebagai satu kumpulan berniat agar dapat menerapkan nilai-nilai yang tersenarai dalam sanubari pelajar-pelajar tersebut dengan tujuan untuk memberi manfaat dalam kehidupan mereka terutamanya pada masa depan. 

 

Selepas aktiviti kami, kami mendapat respons daripada para pelajar bahawa mereka amat menikmati aktiviti kami dan telah banyak memperoleh ilmu dari segi pengetahuan umum, kesedaran sivik dan kemahiran sosial. Mereka telah mempelajari cara-cara membuat anyaman dan kraf tangan yang mudah serta melatih mereka untuk mengeksploit kreativiti dan bakat mereka dalam bidang seni. Mereka juga dapat memahami faedah bekerjasama dan bersatu dalam menjalankan sesuatu aktiviti. Oleh itu, semangat perpaduan antara generasi muda patutlah dipupuk sejak kecil lagi.

 

Selain itu, mereka telah berjaya untuk memahami dan menghafalkan 5 prinsip Rukun Negara yang bermakna. Rukun negara dapat menjadi panduan bagi mereka untuk memupuk semangat setia kawan dan kecemerlangan hidup bermasyarakat serta negara, mengajar mereka untuk mementingkan perlakuan sopan untuk menjaga hubungan baik masyarakat pelbagai kaum di negara kita selain daripadad menzahirkan rasa cinta kepada negara dalam diri pelajar-pelajar. 

 

Di samping itu, mereka dapat melatihkan diri untuk menyelesaikan masalah dengan baik melalui permainan seperti kuiz dan teka lagu-lagu kemerdekaan. Mereka turut memperoleh pengetahuan tentang negara kita melalui permainan ‘jigsaw puzzle’. Akhir sekali, mereka telah bermain “Charades” yang bertemakan nilai murni. Dalam permainan ini, mereka telah menunjukkan semangat kerjasama dan memahami definisi untuk setiap nilai murni. Aktiviti-akitiviti ini telah menunjukkan bahawa generasi muda adalah mudah untuk diajar dan dipupuk. Mereka tutut membuktikan bahawa sikap toleransi antara generasi muda boleh wujud jika diajar dan diamalkan.

impak program

MAKLUM BALAS DARIPADA PARA PELAJAR

SMK SUBANG UTAMA

NAME, TITLE

Share the amazing things customers are saying about your business. Double click, or click Edit Text to make it yours.

NAME, TITLE

Share the amazing things customers are saying about your business. Double click, or click Edit Text to make it yours.

NAME, TITLE

Share the amazing things customers are saying about your business. Double click, or click Edit Text to make it yours.

© 2019 by tentera13

bottom of page