top of page

Loo Pei Yi

Student ID: 0336863

Kami telah ditugaskan projek MPU Hubungan Etnik iaitu melawat ke sebuah sekolah untuk memupuk semangat perpaduan dan mempromosikan Rukun Negara dalam golongan generasi muda.

  Dalam tugasan ini, saya telah ditugaskan sebagai ketua permainan stesen yang bertemakan perpaduan. Saya dan Katrina (penolong permainan stesen perpaduan) telah mengeluarkan idea Simpul Manusia. Namun, kami dimaklumkan permainan tidak boleh melibatkan sentuhan tangan atau badan dua hari sebelum hari aktiviti. Maka, kami sepatutnya menukar permainan stesen ini. Ini merupakan cabaran yang amat besar kepada saya dan Katrina kerana kami perlu mengeluarkan idea yang baru dalam masa yang singkat. Dengan berbincang dan bekerjasama dengan Katrina, kami dapat mengeluarkan idea permainan stesen yang menarik. Pada hari aktiviti, permainan stesen ini dijalankan dengan lancar. Masalah ini telah diselesaikan dengan bantuan Katrina.

  Selain itu, ahli kumpulan saya telah menghadapi beberapa cabaran. Kami telah menghubungi beberapa sekolah. Namun, tiada sesebuah sekolah memberi respons kepada kami. Hal ini merupakan cabaran terbesar kepada kami dalam seluruh projek MPU ini. Ahli kumpulan saya tidak berputus asa pada masa itu. Semua ahli kumpulan cuba menghubungi semua sekolah yang terdapat dalam senerai. Akhirnya, kami dapat kebenaran untuk melawat ke sekolah SMK Subang Utama untuk menyiapkan tugasan MPU kami. Saya berasa syukur kerana mempunyai ahli kumpulan yang bekerjasama dalam menyelesaikan cabaran yang kami hadapi dalam menyiapkan tugasan MPU kami.

  Pada 20/6/2019, saya dan ahli kumpulan telah melawat ke sekolah SMK Subang Utama. Pada hari sebelumnya, ketua kumpula kami telah memberikan taklimat kepada kami. Saya dan ahli kumpulan bekerjasama bagai aur dengan tebing menyelesaikan tugasan MPU ini. Tugasan MPU ini dijalankan dengan lancar.

  Kesimpulannya, tugasan ini telah banyak memberikan faedah kepada saya. Tugasan MPU ini bukan sahaja menyedarkan saya tentang kepentingan mengetahui budaya dan gaya hidup kaum lain tetapi juga memupuk semangat perpaduan dalam diri saya. Selain itu, saya telah mempelajari cara komunikasi dan nilai kerjasama apabila menjalankan projek ini dengan ahli kumpulan saya. Projek ini juga secara tidak langsung mengeratkan hubungan antara ahli kumpulan.

IMG_7341.jpeg
WhatsApp Image 2019-06-20 at 18.33.14.jp

© 2019 by tentera13

bottom of page