

tentera 13
Nazifah bt. Nagoor Pitchai
Student ID: 0329576
Pada 20 Mei 2019 bersamaan dengan hari Khamis yang lalu, saya bersama ahli kumpulan saya telah membuat satu lawatan ke SMK Subang Utama bagi memenuhi tugasan subjek ini. Tujuan lawatan ke sekolah ini adalah untuk menjalankan sebuah program bagi menerapkan nilai-nilai perpaduan melalui penekanan lima prinsip Rukun Negara dan aktiviti silang budaya.
Terdapat beberapa masalah bagi melaksanakan program ini dengan sempurna tetapi dengan kerjasama setiap ahli kumpulan, tugasan ini telah berjalan dengan lancar. Program ini telah banyak membantu saya untuk menjadi tanggungjawab dalam melaksanakan tugas dengan cara yang betul. Terdapat lima stesen dalam program ini dan di setiap stesen terdapat aktiviti-aktiviti yang berlainan. Saya bertugas sebagai ketua permainan di Stesen 5 dan ini melibatkan saya menerangkan cara aktiviti ini dimainkan dan peraturan-peraturan aktiviti tersebut sehingga difahami dengan jelas. Oleh itu, program ini juga telah meningkatkan kemahiran komunikasi saya dengan berinteraksi dengan murid-murid di sekolah tersebut. Stesen saya merupakan aktiviti yang berkaitan dengan nilai-nilai murni dan kesedaran sivik. ‘Charades’ adalah permainan yang diadakan di stesen ini iaitu seorang murid harus lakonkan nilai murni yang dipilih manakala ahli kumpulan yang lain harus teka nilai murni yang sedang dilakonkan oleh seorang murid itu.
Aktiviti ini dapat memupuk nilai-nilai murni dalam diri setiap individu dan telah mengingati saya bahawa penerapan nilai-nilai murni dalam kalangan masyarakat sangat penting sebagai satu prakarsa untuk mewujudkan masyarakat yang hidup dalam suasana harmoni dan sejahtera. Melalui aktivti ini, saya mendapati bahawa rukun negara dapat melahirkan masyarakat yang mencapai perpaduan dengan lebih erat. Semua rakyat hendaklah mendukung cita-cita untuk membentuk satu bangsa dan negara di mana ahli–ahli masyarakatnya menganggap diri mereka sebagai rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan perbezaan kepercayaan masing-masing. Rakyat negara ini terdiri daripada pelbagai kaum dengan berbagai-bagai perbezaan yang wujud. Keadaan ini bertambah rumit lagi kerana wujud ketidakseimbangan ekonomi antara kaum. Sungguhpun wujud unsur-unsur perbezaan ini, melalui Rukun Negara akan dapat membentuk satu bangsa yang bersatu padu di mana semua rakyat tampa mengira kaum mempunyai semangat kesetiaan dan perasaan cinta terhadap negara.
Kelima-lima prinsip Rukun Negara ini berkait rapat dengan kehidupan kita sebagai rakyat Malaysia. Dalamnya terangkum kesemua nilai hidup yang menjadi pegangan kita–memegang serta mengamalkannya tanpa rasa berbelah bagi untuk memastikan bukan sahaja rakyat negara ini hidup aman damai tetapi juga memastikan keamanan dan kestabilan negara terjamin. Akhirnya, dengan melakukan program ini, kami sebagai satu kumpulan sememangnya telah mempelajari prinsip-prinsip Rukun Negara dengan sempurna yang menjadi asas dalam pembentukan jati diri sebagai rakyat Malaysia yang cinta akan keamanan, cinta akan negara dan cinta akan kedamaian.

