

tentera 13
Sharon Chew Wei Chin
Student ID: 0330430
Pada 20 Jun 2019, saya dan ahli kumpulan saya telah melawat ke SMK Subang Utama yang terletak di SS18 untuk melaksanakan projek MPU Hubungan Etnik iaitu memupuk semangat perpaduan dan mempromosikan Rukun Negara dalam golongan generasi muda. Kami telah berbincang tentang tujuan-tujuan and perkara yang kita hendak mencapai semasa lawatan itu sehari sebelum kami bertolak. Kami berkumpul di SMK Subang Utama pada pukul 1.50 petang. Setiap ahli kumpulan telah menyediakan bahan-bahan yang diperlukan untuk projek ini pada hari sebelumnya. Saya dan ahli kumpulan bekerjasama bagai aur dengan tebing untuk memastikan projek ini dapat berjalan dengan lancar.
Apabila saya ditugaskan dengan projek ini, saya sangat bimbang untuk melaksanakannya kerana saya tidak mempunyai pengalaman dalam mengaturkan aktiviti. Saya telah ditugaskan untuk menjaga salah satu permainan stesen dengan seorang ahli kumpulan saya, iaitu Ee Vone. Kami teleh berbincang idea-idea untuk permainan dengan kandungan atau mesej yang kumpulan saya hendak mengeluarkan tentang tema Rasa Cinta Negara. Kami sentiasa memberikan kerjasama yang penuh dan belajar antara satu sama lain.
Dalam projek ini, saya telah mendapat manfaat yang banyak. Dalam proses merancangkan aktiviti, saya dapat meningkatkan kemahiran komunikasi saya melalui projek ini. Hal ini disebabkan kami sentiasa berbincang antara satu sama lain untuk memastikan aktiviti kami dapat berjalan dengan lancar. Kami dapat menerima semua pendapat dan sentiasa cuba menyelesaikan setiap konflik yang kami ada. Selain itu, saya sedar kepentingannya untuk mendidik pelajar-pelajar tentang perpaduan. Oleh itu, mereka akan menolong antara satu sama lain tanpa mengira kaum dalam sekolah dan dalam kerja masa depan. Di samping itu, saya dapat mengeratkan hubugan dan membuat kenangan dengan rakan-rakan saya. Saya rasa kami mengetahui lebih banyak tentang satu sama lain.
Cabaran yang saya menghadapi ialah kekurangan masa untuk mengeluarkan idea untuk menambah baik rancangan kami. Kami juga menghadapi masalah dalam mencari sekolah. Mujurlah, saya mempunyai bantuan daripada ahli kumpulan dan guru. Selain itu, bahan untuk permainan stesen saya iaitu gambar teka teki amat sukar untuk disediakan. Hal ini kerana saya dan Ee Vone mencetak gambar dengan teka-teki sempadan dan memotongnya sendiri. Ini amat mengambil masa kami. Mujurlah, kami sentiasa saling bantu-membantu supaya dapat menyelesaikan persiapan sebelum hari projek.
Kesimpulannya, program ini bukan sahaja menyedarkan saya tentang kepentingan perpaduan dan cinta akan negara, tetapi juga nilai toleransi dan kejasama antara satu sama lain. Program ini juga telah memberikan saya banyak kenangan dengan rakan-rakan saya. Saya berharap semua rakyat Malaysia boleh memupuk perpaduan dalam kehidupan seharian.

