

tentera 13
Lim Siak Ling
Student ID: 0331538
Mata pelajaran Hubungan Entik merupakan satu subjek yang baru bagi kami. Dalam semester ini, kami telah diberi tugasan kerja melawat ke sebuah sekolah untuk memupuk dan melahirkan semangat perpaduan dan mempromosikan Rukun negara dalam golongan generasi muda. Saya amat bersyukur kerana mempunyai ahli-ahli kumpulan yang begitu bagus dan bekerjasama. Sumbangan dan peranan semua ahli kumpulan telah menyumbangkan kejayaan tugasan mata pelajaran ini.
Dalam tugasan kali ini, kumpulan kami telah menghadapi beberapa cabaran semasa kami menyediakan tugasan kami. Kami telah menghubungi semua sekolah yang berada dalam senarai yang diberi oleh fasilitator tetapi tiada sesebuah sekolah pun yang memberi respons kepada kami. Nasib baik setiap daripada ahli kumpulan kami telah berusaha menyumbangkan masa dan usaha menghubungi sekolah yang lain daripada senarai. Akhirnya kami telah mendapatkan respons daripada SMK Subang Utama.
Melalui tugasan ini, memang tidak dapat dinafikan bahawa pelbagai ilmu pengetahuan dan pengalaman baru telah saya perolehi. Sebelum kami melawat ke sekolah tersebut. Kami perlu memikirkan aktiviti yang boleh dijalankan untuk memupuk lima rukun tersebut. Dengan ini, saya telah belajar bahawa berkerjasama bagai aur dengan tebing dalam sesebuah kumpulan merupakan kunci bagi mencapai kejayaan projek kami. Kami telah mengagihkan tugasan dan akhirnya kami telah mengeluarkan idea tentang permainan stesen. Setiap permainan dalam satu stesen telah mempromosikan satu rukun negara.
Saya telah dipilih sebagai ketua stesen yang bertema bersilang budaya. Saya telah memikir tiga aktiviti bagi stesen saya dan setiap aktiviti mewakili budaya badi tiga kaum di negara kami iaitu Melayu, Cina dan India. Aktiviti stesen saya ialah anyaman tikar, kolam ranggoli dan bola ping pong dengan penyepit kerana ini adalah budaya bagi kaum yang berada dalam Malaysia. Dengan bantuan dan komitmen daripada setiap ahli kumpulan, projek ini telah dilaksanakan dengan lancar.
Melalui mata pelajaran ini, saya juga belajar bahawa bersatu-padu dan saling menghormati adalah kunci untuk mencapai perpaduan antara rakyat di sesebuah negara. Menghormati antara satu sama lain dapat menggelakkan pertelingkahan dan perselisihan faham demi kesejahteraan hidup. Dengan ini, rakyat Malaysia dapat hidup dalam keadaan yang aman dan damai.
Projek ini juga secara tidak langsung membantu mengeratkan hubungan antara ahli kumpulan melalui perkongsian maklumat dan pendapat ketika proses perbincangan mengenai kerja kursus ini dijalankan. Tugasan ini turut memberikan peluang kepada kami untuk mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara satu sama lain.

