top of page

selamat datang!

Objektif

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera,

 

Bersyukur kehadrat Ilahi kerana dengan izin kurnia-Nya dapat juga kami, Kumpulan Tentera 13,  menyempurnakan tugasan ‘Kami Anak Malaysia’ bagi subjek Hubungan Etnik. Sepanjang menjalankan kerja kursus ini, kami telah memperoleh pelbagai pengalaman biarpun pahit mahupun manis yang amat berharga dan bermakna dalam hidup kami sebagai pelajar Universiti Taylors Lakeside Campus. Pengalaman yang kami perolehi sepanjang menjalankan tugasan ini mungkin hanya akan datang sekali sahaja dalam hidup kami terutamanya sebagai pakar kesihatan di masa depan. 

 

Justeru itu, kami juga telah memperolehi pelbagai maklumat dan pengetahuan dengan lebih terperinci lagi berkaitan tugasan ini iaitu penerapan nilai-nilai perpaduan melalui penekanan Lima Prinsip Rukun Negara dan aktiviti-aktiviti silang budaya. Di kesempatan ini, kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat sepanjang menjayakan tugasan ini. Terutamanya kepada pensyarah kami iaitu, En. Serit Banyan kerana beliau telah banyak memberikan tunjuk ajar kepada kami sepanjang menjalankan tugasan ini. Tunjuk ajar beliau amat membantu kami dalam usaha menyempurnakan tugasan yang telah diamanahkan ini.

 

Di samping itu, kami juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada ahli keluarga kami yang telah banyak memberi sokongan moral dan bantuan kewangan bagi menyelesaikan tugasan ini. Selain itu, kami turut berterima kasih kepada rakan-rakan seperjuangan kami kerana telah banyak menghulurkan bantuan dan kerjasama bagi merealisasikan usaha menyempurnakan tugasan ini dengan jayanya. Ribuan terima kasih juga ditujukan kepada Cik Ain, selaku guru SMK Subang Utama yang telah banyak bersabar malah, memberi peluang kepada kumpulan kami untuk melaksanakan aktiviti-aktiviti kami pada 20.6.2019

 

Ucapan ini juga ditujukan kepada semua pihak yang telah terlibat dalam menjayakan tugasan ini sama ada secara langsung atau tidak langsung. Segala bantuan yang telah anda hulurkan amatlah kami hargai kerana tanpa bantuan dan sokongan anda semua, tugasan ini tidak dapat dilaksanakan dengan sempurna.

 

Sekian, terima kasih. 

penghargaan

Pengenalan

Malaysia adalah sebuah negara yang terdiri dari tiga belas negeri dan tiga wilayah persekutuan di Asia Tenggara. Rakyat Malaysia hidup dengan harmoni meskipun terdapat pelbagai kaum dan budaya yang berbeza. Ramai penduduk dunia tertanya-tanya apakah formula ampuh yang telah digunakan oleh pemimpin-pemimpin berwibawa di Malaysia sehingga rakyatnya dapat hidup bersatu-padu dan aman damai tanpa sebarang pertelingkahan. Namun, persoalan sedemikian hanya dapat dijawab apabila semangat perpaduan itu tersemat di dalam diri setiap anak watan yang akan mewarisi tampuk pentadbiran Malaysia. Perpaduan merupakan tiang asas keharmonian hubungan antara etnik di Malaysia dan menjadi elemen yang sangat penting dalam pembentukan negara bangsa.

​

Seterusnya, sukacita dimaklumkan bahawa Pihak Sekretariat Rukun Negara Taylor’s Universiti (SRNTU) berhasrat menjalankan program ‘Kami Anak Malaysia’ dengan slogan “Menyemai Cinta Melestarikan Perpaduan” di bawah kursus Hubungan Etnik bertujuan untuk menerapkan nilai-nilai perpaduan melalui penekanan lima prinsip Rukun Negara dan aktiviti silang budaya. Program ini juga bertujuan memberi penekanan tentang penerapan nilai murni dan kesedaran sivik.

​

Sekolah yang dipilih ialah Sekolah Menengah Kebangsaan Subang Utama dan kami amatlah berbesar hati untuk menjalin kerjasama dengan Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional untuk menjayakan program ‘Kami Anak Malaysia’ di peringkat kebangsaan. Tarikh yang dicadangkan bagi perlaksanaan program ini ialah pada 20 Jun 2019 dari 1 petang hingga 4 petang.

Program ini dijalankan dengan objektif:

  1. Untuk mempupuk semangat perpaduan dalam kalangan generasi muda. 

  2. Menyediakan platform until generations muda mejalankan program yang bercorak slang budaya.

  3. Mengajar generasi muda untuk mengamalkan lima (5) principe Rukun Negara.

  4. Menyediakan ruang untuk generasi muda menzahirkan rasa cinta kepada Negara.

  5. Menyediakan platform untuk pelajar menerapkan nilai murni dan kesedaran sivik. 

WhatsApp Image 2019-06-20 at 18.34.14.jp

objektif

© 2019 by tentera13

bottom of page