top of page

Tasheeni Vikaneshwaran

Student ID: 0332809

20hb Jun 2019 merupakan hari istimewa bagi saya dan dua belas orang ahli kumpulan kerana dapat berkunjung kembali ke alam sekolah setelah meninggalkannya hampir dua tahun. Lawatan ke Sekolah Menengah Kebangsaan Subang Utama ini bertujuan untuk menerapkan nilai-nilai perpaduan melalui penekanan lima prinsip Rukun Negara dan aktiviti silang budaya. Ucapan terima kasih dihulurkan dengan ikhlas kepada guru-guru dan murid-murid sekolah ini kerana sudi menerima kunjungan kami dan memberikan kami slot aktiviti kokurikulum. Kerjasama daripada mereka telah turut menjayakan program ‘Kami Anak Malaysia’ bagi kursus Hubungan Etnik. 

​

Langkah-langkah persiapan untuk lawatan melibatkan perbincangan antara ahli kumpulan untuk menentukan objektif lawatan tersebut, aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan serta agihan tugasan sesama ahli-ahli kumpulan. 

​

Bagi program ini, saya telah dilantik sebagai ketua kumpulan. Saya amat berbesar hati menerima tanggungjawab tersebut. Peranan saya sebagai ketua kumpulan adalah memastikan tugasan ini dapat berjalan dengan lancar. Setiap ahli kumpulan telah bekerjasama untuk menjalankan tanggungjawab masing-masing. 

​

Salah satu cabaran yang kami hadapi pada awal ialah menentukan sekolah yang bersetuju untuk menerima kunjungan kami. Walau bagaimanapun, kami bersyukur dan berasa sangat gembira kerana pihak guru dan murid-murid Sekolah Menengah Kebangsaan Subang Utama bersetuju untuk bekerjasama dengan kami bagi menjayakan tugasan ini. 

​

Saya berasa program ini efektif kerana murid-murid berbilang kaum telah berinteraksi antara mereka semasa mengikuti aktiviti-aktiviti yang telah disediakan. Mereka tidak berasa kekok untuk bergantung di antara satu sama lain bagi menyelesaikan setiap cabaran dalam kumpulan. Saya juga telah memerhatikan bahawa mereka fasih berbahasa Melayu dan Inggeris. Mereka juga bersopan-santun semasa berhubung di antara satu sama lain. Murid-murid juga sedia memahami penerangan kami tentang hubungan etnik di Malaysia. Saya berasa matlamat kertas cadangan dapat dicapai tanpa sebarang kesulitan. 

​

Akhir kata, kami berasa puas hati melihat penglibatan murid-murid yang amat menggalakkan. Justeru, program ini telah berjalan lancar mengikut kertas cadangan yang telah disediakan. 

WhatsApp Image 2019-06-20 at 6.30.27 PM.

Tasheeni Vikaneshwaran

Unknown-13.jpeg

Dari Kiri ke Kanan: 

Garisan Belakang: Suraya Binti Mohd Akbar, Vithiya Muniandy, Nazifah binti Nagoor Pitchai, Katrina Isabelle Tegjue, Lee Ee Vone, Cik Nurain [Guru SMK Subang Utama], Robert So Junior, Tasheeni Vikaneshwaran & Lim Siak Ling. 

Garisan Depan: Villasini Muniandy, Dollicia Toh Ching Ying, Loo Pei Yi & Sharon Chew Wei Chin 

📷: Batrisya binti Mohd. Noor Azhar 

© 2019 by tentera13

bottom of page